
PETALING JAYA: Kes pekerja pembinaan mendakwa diserang sekumpulan lelaki termasuk seorang anggota kerabat diraja sedang dikaji pejabat timbalan pendakwa raya, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
Katanya, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut selepas kertas siasatan berhubung kes itu diserahkan bulan lalu.
“Kami sedang menunggu sebarang perkembangan atau hasil baharu,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau turut memberi jaminan tiada penutupan kes atau usaha menutup isu itu.
Semalam, dilaporkan mangsa lelaki berusia 44 tahun mendakwa tiada tindakan diambil mengenai kesnya kerana pihak polis berdiam diri.
Lelaki itu meluahkan kekecewaan dan mengatakan masih menunggu perkembangan mengenai kes tersebut.
Mengulas perkara itu, Yahaya berkata, mangsa sepatutnya menghubungi pegawai penyiasat mengendalikan kes bagi…
