
BUTTERWORTH: Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengagihkan RM100 juta kepada semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan kerja kecemasan luar jangka dalam menghadapi fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini dan berlarutan sehingga Mac 2024.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan, dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
Beliau berkata, semua peruntukan itu telah selesai diagihkan menerusi tiga fasa bagi membolehkan projek berkenaan segera dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat serta melindungi keselamatan harta benda daripada bencana banjir.
“RM100 juta yang dibelanjakan itu adalah untuk seluruh negara dan diagihkan mengikut keperluan di negeri terbabit dan…