Hot FM

Kerajaan akan bawa pulang 15 rakyat Malaysia di Lubnan


Sejak 23 Sept Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan. (Gambar EPA Images)

PETALING JAYA: Kerajaan sedang melakukan penyelarasan bagi proses evakuasi 15 rakyat Malaysia yang kini berada di Lubnan, kata Kementerian Luar.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut kini dalam persediaan evakuasi tersebut, yang turut melibatkan tiga warganegara asing iaitu pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.

“Berikutan situasi semakin meruncing, sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan Lubnan secara sukarela.

“Manakala empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan,” katanya.

Katanya, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak.

Rabu lalu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di Lubnan membuat persiapan segera meninggalkan negara itu secara sukarela berikutan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version