Hot FM

Kerajaan akan perkasa ekonomi wanita muda menerusi program kemahiran sekolah


nancy shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri dalam perhimpunan Rotary District Conference 2026 di Bangsar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Kerajaan akan melancarkan program pembangunan kemahiran untuk kanak-kanak perempuan di sekolah seluruh negara tahun ini sebagai sebahagian usaha memperkukuh pemerkasaan ekonomi dalam kalangan wanita muda.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata inisiatif itu bertujuan untuk mempersiapkan kanak-kanak perempuan dengan kemahiran praktikal sebelum menamatkan persekolahan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dan tidak bergantung kewangan kepada orang lain pada masa hadapan.

Beliau berkata, program itu sebahagian usaha untuk mengurangkan isu sosial melalui pemerkasaan wanita dan meningkatkan bilangan wanita yang berdikari dari segi kewangan di negara ini.

“Sebelum menjadi wanita dewasa, mereka adalah kanak-kanak perempuan. Itulah sebabnya (mengapa) kami pergi ke sekolah untuk menyediakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version