
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia melibatkan semua pemegang taruh untuk memastikan masalah itu ditangani segera.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam hantaran Facebook memaklumkan itu antara strategi meningkatkan pengawalan kualiti air sungai serta pengukuhan pengurusan dan penyelidikan bahan cemar baharu dalam sumber air Malaysia.
“Banyak implikasi diakibatkan pencemaran air dan ada daripada kesan itu berada di tahap membimbangkan.
“Justeru, saya tekankan kepentingan penguatkuasaan berdasarkan peraturan dan undang-undang, di samping keperluan pemantapan tatakelola serta pengaplikasian teknologi terkini dalam usaha memantapkan kualiti…