
PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023, Fahmi berkata, pihak kementerian akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu.
“Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia,” katanya.
Fahmi dalam pada itu berkata beberapa pindaan melibatkan agensi di bawah KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula, pada 13 Feb…