
SHAH ALAM: Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak mustahil boleh ditumbangkan kerana bukan terdiri daripada parti-parti yang mempunyai majoriti, kata Hamzah Zainudin.
Setiausaha agung Bersatu itu berkata, kerajaan perpaduan semasa diterajui Pakatan Harapan (PH) yang hanya memenangi 82 kerusi Parlimen pada PRU lepas, dengan undi popular 36.1%, berbanding Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 49.3%.
“PN lebih popular dari mereka, jadi kita kena terus perkuat sokongan supaya boleh (dapat) lebih 50% undi popular,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
Beliau turut mengingatkan Anwar supaya tidak mempersoalkan usaha menukar kerajaan kerana beliau sendiri pernah memulakan tindakan serupa menerusi gerakan pada 16 Sept, yang mana presiden PKR itu mendakwa mendapat…
