

Seorang pemimpin Umno menggesa kerajaan dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memberi penjelasan berhubung laporan bahawa beliau memiliki 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, berkata Putrajaya dan ketua pesuruhjaya SPRM mesti segera menjawab laporan Bloomberg itu tanpa bertangguh.
“Apakah benar? Apakah ia memang dibenarkan di bawah peraturan penjawat awam? Ini bukan kali pertama Azam Baki terlibat dalam kontroversi pemilikan saham.
“Yang ini kerajaan dan Azam Baki kena jawab segera. Jangan tangguh tangguh. Semoga ia dibangkitkan dalam parlimen. Ia isu kepentingan awam. Jangan sapu bawah karpet,” katanya di Facebook.
Bloomberg melaporkan pegangan saham Azam didedahkan dalam penyata tahunan Velocity…