
PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan RM70.3 juta untuk penyelesaian saman sivil sejak 10 tahun lalu antara lain disebabkan kekurangan kakitangan dan peralatan perubatan.
Senator Dr RA Lingeswaran memberitahu FMT, sejumlah 2,008 aduan “medico-legal” (mematuhi keperluan dan kepentingan perundangan pesakit) dibuat dan 594 saman amalan salah terhadap kerajaan, bermula 2013 hingga 2022.
Memetik jawapan bertulis Kementerian Kesihatan dikeluarkan pada Jumaat, beliau berkata 80% daripada keseluruhan 2,602 kes atau 2,081 kes disebabkan faktor kakitangan perubatan, termasuk kurangnya tenaga kerja.
“Bagaimanapun, pihak kementerian menekankan kes medico-legal adalah disebabkan pelbagai faktor dan bukan satu alasan sahaja. Ia melibatkan kekurangan tenaga kerja dan peralatan perubatan.
“Kerajaan membayar RM70.3 juta sejak 10 tahun lalu bagi…