PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan lebih RM800 juta dalam tempoh kurang dua tahun untuk menaik taraf 11,397 tandas awam di seluruh negara, jumlah tertinggi dibelanjakan dalam sejarah bagi sektor kebersihan tandas awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kos yang dibelanjakan dalam usaha memajukan inisiatif ‘Tandas Awam BMW’ (Bersih, Menawan dan Wangi) ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam berkualiti dan selesa.
“Kebersihan ialah kewajipan kita semua, khususnya apabila negara akan mempengerusikan Asean (2025) serta (berlangsungnya) Tahun Melawat Malaysia (2026).
“Kebersihan tandas awam adalah antara penanda aras yang amat penting sekali untuk kita angkat bersama,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah ‘Toilet of the Year’ 2024…