
CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan membelanjakan hampir RM21 juta untuk pemasangan 272 implan koklea kepada mereka yang menghadapi masalah pendengaran pada 2019 hingga 2023, kata Menteri Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly berkata, Tabung Bantuan Perubatan meluluskan hampir RM9 juta bantuan untuk perkhidmatan perubatan berkaitan telinga, hidung dan tekak.
“Rekod Tabung Bantuan Perubatan menunjukkan perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) mencatatkan kedudukan ketiga tertinggi untuk bantuan perubatan.
“Usaha ini telah memberi peluang kepada anak-anak yang mempunyai masalah pendengaran untuk mendengar dengan lebih baik dan seterusnya memperkasakan golongan ini terutama dalam pembelajaran,” katanya ketika merasmikan majlis ‘Hear Me Malaysia’s Got Talent’ di Hospital Cyberjaya.
Dzulkefly juga berkata, kementerian…