
PUTRAJAYA: Kerajaan masih belum meneliti cadangan meminda kuota satu pertiga atau 35% kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak kerana ia harus dibincangkan bersama parti komponen dalam kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.
Zahid yang juga presiden Umno berkata perkara itu juga perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita belum meneliti kerana penelitian ini harus dilakukan dengan parti-parti komponen di dalam kerajaan Madani.
“Kita juga harus duduk dengan SPR mengenai perkara ini dan apabila tiba masa yang sesuai akan bincang bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di sini.
Beliau berkata berkata demikian ketika ditanya berhubung cadangan Timbalan Perdana Menteri…