Semalam kita dikejutkan dengan laporan berita bahawa negara komunis, Korea Utara bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Malaysia menerusi Kementerian Luar (Wisma Putra) juga menyatakan kekesalan sambil mengecam sikap tidak wajar Korea Utara terhadap keputusan yang diambil oleh negara terbabit.
“Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa,” kata kementerian dalam satu…