Laporan itu dibuat bagi elak ancaman dan sabotaj daripada kumpulan yang mendakwa Waris Jamalul Kiram II.

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat terhadap penuntut-penuntut warga Filipina yang “Mendakwa Waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu)”, kata sekretariat khas Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan, laporan itu dibuat ketua pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di IPD Putrajaya kerana tuntutan itu merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.
Katanya, laporan itu dibuat susulan daripada tindakan tuntutan yang difailkan oleh penuntut-penuntut melalui notis timbang tara yang diserahkan kepada kerajaan pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi USD32 bilion.
“Objektif laporan polis dengan mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas…