Site icon Hot FM

Kerajaan cadang perkenal Insurans Rahmah


Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, sebuah syarikat insurans memberi respons positif terhadap cadangan itu.

Salahuddin Ayub yakin lebih banyak syarikat insurans akan turut serta berdasarkan impak ‘domino effect’ yang terbukti selepas inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merancang untuk memperkenalkan inisiatif “Insurans Rahmah” bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar lebih berpatutan untuk rakyat.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, setakat ini, sebuah syarikat insurans memberi respons positif terhadap cadangan itu.

“Yang pertama sekali memberikan respons ialah Etiqa Insurans. Saya telah meminta pegawai (untuk mengadakan) sesi libat urus, tengok macam mana kita boleh jayakan Insurans Rahmah ini.

“..sama ada insurans (perlindungan) kenderaan, perumahan, hartanah dan seumpama dengannya,” katanya selepas menghadiri Kenduri Menu Rahmah anjuran KPDN di Dewan Serbaguna Bangunan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version