
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama mewujudkan kiosk mesin layan diri perubatan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata inisiatif itu bagi memudahkan penduduk mendapatkan bekalan ubat dan perubatan semasa kecemasan khususnya ketika lewat malam.
“Kita sedang meneliti kerjasama dengan KKM supaya kiosk menjual ubat ini boleh diletak di kawasan PPR. Apabila anak sakit pada tengah malam (ibu bapa) tak payah pergi farmasi, ada kiosk 24 jam macam kita beli makanan ringan.
“Mesin layan diri ini boleh jual ubat macam panadol, vitamin semua boleh letak di kawasan PPR. Inisiatif ini baik untuk kita kaji,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani…