Hot FM

Kerajaan cuba kekal RON95 RM1.99 walau ‘petanda tak menyenangkan’


Petrol 95
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata harga RON95 akan cuba dikekalkan dan kerajaan akan ambil langkah segera jika konflik di Asia Barat berlarutan kerana berpotensi beri kesan langsung kepada ekonomi negara.
PUTRAJAYA:

Kerajaan akan cuba mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter walaupun keadaan semasa hanya mampu bertahan untuk tempoh satu hingga dua bulan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata konflik di Timur Tengah menunjukkan petanda awal yang tidak menyenangkan kepada ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat termasuk penjawat awam, pekerja swasta dan peniaga berwaspada dan tidak memandang ringan perkembangan tersebut.

“Jangan pandang ringan kerana jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjadi satu krisis ekonomi yang lebih besar daripada yang dijangka,” katanya ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Musolla IOI City Mall.

Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan kerajaan akan mengambil langkah segera jika konflik di Asia Barat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version