
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini di peringkat akhir perbincangan mengenai penyasaran subsidi RON95, dengan Jemaah Menteri dijangka membuat keputusan dalam beberapa minggu akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, keputusan itu akan menentukan kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan, dengan matlamat memastikan subsidi diberikan kepada isi rumah benar-benar layak.
“Kerajaan sedang melalui proses dalaman untuk memuktamadkan perkara itu. Dalam beberapa minggu lagi, kerajaan akan membuat keputusan terhadap cadangan Kementerian Ekonomi,” katanya di luar Forum Ekonomi Malaysia.
Kementerian Ekonomi mencadangkan mengubah pengkelasan B40, M40, dan T20 kepada sistem berdasarkan pendapatan boleh guna bersih isi rumah untuk pemberian subsidi.
Selepas keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri, kerajaan akan…