Hot FM

Kerajaan digesa permudah laluan kakitangan paramedikal naik pangkat


wad hospital
Bagi pembantu pergigian, jururawat masyarakat dan pembantu kesihatan awam, laluan naik pangkat adalah panjang dan sukar.
PETALING JAYA:

Kerajaan disaran memperkemas laluan kenaikan pangkat bagi kakitangan paramedikal, sama seperti yang dilaksanakan untuk kira-kira 125,000 penjawat awam gred rendah dalam kumpulan pentadbiran.

Seorang bekas senator memberitahu FMT, sebahagian besar pembantu pergigian, jururawat masyarakat dan pembantu kesihatan awam berada dalam kategori terendah, iaitu U1 dalam skim perkhidmatan kesihatan.

Dr RA Lingeshwaran berkata, walaupun ketiga-tiga kategori kakitangan kesihatan ini memasuki perkhidmatan awam dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka perlu menjalani latihan khas selama satu hingga dua tahun setengah untuk mendapatkan jawatan tetap.

Sebaliknya, mereka yang menyertai perkhidmatan perkeranian hanya memerlukan kelulusan SPM dan tidak perlu melalui latihan untuk mendapat lantikan tetap, kata bekas pengarah Hospital Sungai Bakap itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber: