Site icon Hot FM

Kerajaan henti inisiatif Muhyiddin lupus hutang peneroka RM8.3 bilion, kata Azalina


Menteri undang-undang berkata keputusan itu disebabkan masalah aliran tunai dihadapi Felda.

Pada Julai 2021, Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan sedang menghentikan inisiatif dimulakan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda.

“Kerajaan tidak akan dapat meneruskan pelupusan pinjaman peneroka Felda lagi kerana ia telah memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda,” katanya dalam jawapan di parlimen semalam.

Pada Julai 2021, Muhyiddin mengumumkan kerajaannya bersetuju untuk melupuskan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion, tertakluk kepada syarat tertentu.

Ini termasuk pinjaman untuk latihan penanaman semula (92,441 peneroka), baja (52,180 peneroka), saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka) dan modal pembangunan (6,711 peneroka).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version