
KUCHING: Kerajaan persekutuan menghormati keputusan Sarawak menangguhkan pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) di negeri itu, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi Air, bagaimanapun berkata setakat ini, kerajaan Sarawak belum memberikan sebab atau alasan penangguhan itu.
“Sebagai kerajaan persekutuan, kita hormati apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri Sarawak, tetapi kita nak memahami apakah punca dan sebab, mengapa sekarang ini ada keputusan untuk memberhentikan pendaftaran Padu.
“Saya tak pasti apa puncanya, saya belum dapat penjelasan…mesti ada sebab mengapa kerajaan negeri berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Jamaie di Masjid Al-Ghazali.
Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak minggu…