Menteri pengangkutan berkata, kementeriannya sedang merangka inisiatif bagi membantu pelajar yang ingin pulang, bukan saja semasa musim perayaan, tetapi juga cuti semester.

SEPANG: Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi mengatasi masalah harga tiket penerbangan mahal menjelang musim perayaan, terutama bagi laluan ke Sabah dan Sarawak.
Menterinya, Loke Siew Fook berkata, beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet lepas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.
“Pihak kementerian juga cari jalan dan inisiatif menyelesaikan masalah ini, bukan saja untuk sambutan Hari Raya, malah perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.
“Malah, hampir dua bulan lalu pelbagai perancangan dan perbincangan dibuat, umpamanya tambah kuota…