
PETALING JAYA: Kerajaan sedang mengkaji untuk meluaskan skop undang-undang mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak merangkumi situasi di mana kesalahan dilakukan terhadap mangsa warga Malaysia oleh individu di luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata usaha itu bertujuan memberikan perlindungan lebih baik kepada mangsa kanak-kanak warga Malaysia tanpa mengira lokasi geografi pelaku.
“Pada masa sama, kerajaan perpaduan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawat antarabangsa dalam usaha global untuk menangani jenayah yang keji ini.
“Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian adalah tanggungjawab bersama dan Malaysia akan terus bekerja bersama komuniti global untuk mengatasi isu ini dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan.
Azalina…