Site icon Hot FM

Kerajaan kaji teruskan subsidi ayam, telur, kata menteri


Mohamad Sabu berkata, kajian untuk teruskan subsidi atau kaedah lain adalah bagi memastikan harga bahan mentah itu kembali stabil.

Mohamad Sabu berkata, sekiranya harga ayam dan telur sudah stabil kerajaan akan menghentikan pemberian subsidi. (Gambar Bernama)

BAGAN DATUK: Kerajaan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi diperuntukkan kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.

“Menjelang Jun kita akan buatkan kajian untuk teruskan subsidi atau kaedah lain bagi memastikan harga bahan mentah tersebut kembali stabil.

“Itu yang sedang kita kaji, kalau sudah stabil apa perlu lagi subsidi dan wang (subsidi) itu boleh digunakan di tempat-tempat lain yang lebih memerlukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version