Timbalan pendakwa raya berkata Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada dua parti politik dan tujuh individu lain.

PUTRAJAYA: Kerajaan diarah mengembalikan semula RM2.1 juta yang dilucuthak kepada dua parti politik dan tujuh individu lain atas dakwaan dana itu berasal daripada 1MDB.
Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Rayuan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak akan mencabar permohonan rayuan pemohon bagi pengembalian wang tersebut.
“Representasi mereka kepada Jabatan Peguam Negara diterima. Kami tidak mencabar rayuan mereka,” Kamal memberitahu panel hakim dipengerusikan Hakim Kamaludin Said.
Pada 2020, tiga Mahkamah Tinggi berasingan membenarkan kerajaan melucuthak RM1 juta daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA Pahang (RM835,258.19), dan tujuh individu…