

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mendedahkan 64 stesen minyak dikategorikan berisiko tinggi tiris berdasarkan lonjakan jualan bahan api mencurigakan.
Katanya, pengesanan itu berdasarkan aktiviti melibatkan kenderaan asing dan tangki ubah suai, selain 87 stesen minyak berada di kawasan sempadan.
Justeru, katanya anggota polis akan ditempatkan sementara di 151 stesen minyak tersebut dalam usaha membanteras ketirisan.
Beliau berkata, langkah berkenaan bagi membolehkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tumpuan penguatkuasaan di lokasi berisiko lain, termasuk depoh diesel nelayan, stesen tanpa jenama, jeti haram, dan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal atau bunkering haram.
“Sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan…