Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan lihat kaedah jangka panjang jaga pokok tua, kata Zahid

today19 September 2024

Background


pokok tumbang
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kaedah tertentu harus digunakan supaya pokok itu terus ada dan tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat sekitar ataupun yang melalui kawasan berkenaan. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok khususnya yang telah tua tanpa menggunakan kaedah tebang semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid yang juga menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata terdapat koordinasi antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi meneliti kaedah untuk menjaga dan mempertahankan pokok yang telah tua serta mempunyai nilai tinggi.

“Namun, dari segi praktikalnya, kita harus melihat bagaimana usaha jangka masa panjang dapat dibuat agar (pokok-pokok itu) tidak ditebang.

“Ia harus menggunakan kaedah tertentu supaya pokok itu terus ada dan tidak mendatangkan mudarat kepada masyarakat sekitar ataupun yang melalui kawasan berkenaan,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post