
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjamin komitmen kerajaan Madani dalam memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan akan melangkah ke hadapan penuh yakin bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu tahun ini.
“Inilah komitmen kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.
Dalam hantaran sama, beliau turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan sambutan tahun baharu dihadiri beliau bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Kempen TMM2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran ‘Visit Malaysia 2026 Countdown Festival’, sambutan ambang tahun baharu…