
PETALING JAYA: Kerajaan berkemungkinan tidak mengiktiraf award timbang tara yang memihak kumpulan bekas tentera yang mahu pencen mereka disemak semula berdasarkan tangga gaji semasa, kata sumber.
Ini kerana, Tribunal Timbang Tara Malaysia yang memutuskan demikian bukannya timbang tara diiktiraf kerajaan.
“Jabatan Peguam Negara (AGC) mewakili kerajaan dalam pertikaian undang-undang tidak menyertai prosiding itu. Ia merupakan award sebelah pihak,” kata sumber itu kepada FMT.
Award timbang tara tersebut menyusul duluan ditetapkan Mahkamah Persekutuan, pada 27 Jun, yang memutuskan pindaan ke atas Akta Penyelarasan Pencen 1980 pada 2013 melanggar peruntukan Perlembagaan bahawa sebarang skim pencen baharu tidak boleh kurang menguntungkan daripada yang lama.
Peguam Engku Aminuddin Ibrahim, mewakili kumpulan…