

Kerajaan menafikan laporan Bloomberg mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan satu jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan berhubung pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan dakwaan itu tidak berasas dan mengelirukan.
Jelasnya, susulan pembentangan dapatan jawatankuasa siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac, prosiding terhadap Azam telah pun dimulakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Prosiding ini melibatkan proses dan tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Shamsul berkata, Jabatan Peguam Negara…