Site icon Hot FM

Kerajaan Negeri Disaran Untuk ‘Haramkan’ Penjualan Vape Terus Bagi Lindungi Generasi Muda


Hal itu perlu dilakukan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri kerana memberi ancaman kepada kesihatan, selain didakwa menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

Menerusi laporan Harian Metro, Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Penjagaan Primer, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Nur Amani Natasha Ahmad Tajuddin memberitahu penggunaan vape boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan serius termasuk masalah paru-paru, gangguan jantung dan kesan neurologi terutama kepada golongan muda.

Beliau berkata vape bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malah semakin ramai remaja mula menggunakannya kerana mudah diperoleh dan dianggap ‘tidak berbahaya’.

“Dalam konteks kesihatan awam, langkah pengharaman penjualan vape penting bagi melindungi generasi muda dan mengawal penularan tabiat ini yang boleh menjadi lebih serius daripada rokok konvensional.

“Ia juga salah satu cara pembaziran duit yang menjejas ekonomi individu dan keluarga penghisap vape secara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version