Hot FM

Kerajaan Negeri Sembilan tak anjur sambutan Ambang Tahun Baharu


Aminuddin Harun
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata keputusan itu juga bagi menghormati solidariti Palestin sejak tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 susulan banjir yang menjejaskan tiga daerah dan negeri lain serta bagi mengelakkan pembaziran.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata ia juga bagi menghormati solidariti Palestin sejak tahun lalu.

“Kita tidak ada perancangan mengadakan sambutan berkenaan, tetapi terpulang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka terpaksa adakan untuk menarik kehadiran pelancong ataupun tetamu mereka.

“…kita insya Allah secara biasa adakan (bacaan yasin dan doa selamat) di masjid, surau serta tempat ibadat masing-masing,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir Kuala Pilah di Dewan Besar Dangi.

Seramai 106 ketua isi rumah (KIR) menerima wang tunai dan barangan keperluan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version