

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperketat kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan Sijil Analisis (CoA) bagi ikan siakap serta sekatan sementara terhadap lima spesies udang bermula 1 Jun ini.
KPKM dalam kenyataan memaklumkan sekatan sementara itu membabitkan spesies udang Penaeus esculentes, Fenneropenaeus merguiensis, Penaeus vannamei, Penaeus monodon dan Penaeus stylirostris.
“Tempoh sekatan bagi udang adalah sehingga pihak berkuasa Thailand mengemukakan maklum balas rasmi yang lengkap terhadap soal selidik yang dikemukakan oleh Malaysia, serta tertakluk kepada penelitian lanjut pihak Malaysia terhadap maklum balas tersebut,” menurut kenyataan itu.
KPKM memaklumkan langkah itu dilaksanakan bagi…