Perdana menteri berkata, Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan China tetapi dengan kerajaan baharu, pendiriannya adalah lebih jelas.

BEIJING: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya akan mengutamakan usaha untuk membina hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan China.
“Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan China tetapi dengan kerajaan baharu, pendirian kami adalah lebih jelas.
Saya mengambil pendirian bahawa keutamaan kami (menyokong) ‘Dasar Satu China’ selain menumpukan kepada hubungan dua hala dengan China,” katanya.
Perdana menteri berkata demikian di dalam ucapannya semasa mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari China, Li Qiang yang berlangsung di Great Hall of the People, di sini hari ini.
Anwar berkata banyak dasar yang dipelopori…
