Hot FM

Kerajaan perpaduan belum stabil, boleh diugut seperti kerajaan PN, kata Wan Saiful



Wan Saiful Wan Jan berkata, kerajaan PN sebelum ini dijatuhkan oleh pemimpin BN yang menarik balik sokongan kerana tuntutan tidak dipenuhi.

PETALING JAYA: Kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih tidak stabil dan boleh diugut pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata situasi itu sama sahaja ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Kasihan kepada perdana menteri cakap pasal reformasi tetapi berhadapan dengan kelompok yang boleh ugut dia, pernah ada rekod jatuhkan kerajaan sendiri, kalau tak penuhi tuntutan mereka masa Muhyiddin dan Ismail sebelum ini.

“Muhyiddin dijatuhkan oleh beberapa pemimpin BN yang tarik sokongan,” katanya dalam temubual di Astro Awani.

Beliau merujuk kepada beberapa pimpinan BN yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sebelum ini sehingga digantikan dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version