Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan persekutuan terus perkukuh kerjasama dengan Kelantan

today10 September 2026

Background


Nassuruddin Daud n Anwar Ibrahim
PM Anwar Ibrahim terima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Kerajaan persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dan kebersamaan dengan kerajaan Kelantan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat negeri itu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud hari ini.

Anwar berkata, perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.

“InsyaAllah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Bernama.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post