

Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi menyediakan kemudahan rawatan dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan menerusi kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan syarikat Radicare, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan pesakit buah pinggang, khususnya penduduk luar bandar, yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan.
Anwar berkata, langkah menjadikan masjid sebagai pangkalan penyediaan kemudahan itu berupaya memperluas fungsi rumah ibadat berkenaan dan memastikan akses perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.
“Kita bekerjasama dengan Radicare untuk memudahkan kemudahan dialisis … sesetengah orang kampung jauh hendak dapat kemudahan dialisis……