
PETALING JAYA: Hamzah Zainudin berkata pendakwaan terbaru terhadap anaknya atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 adalah siri ‘perancangan pembunuhan karakter politik’ ditujukan kepadanya sebagai ketua pembangkang.
Beliau mendakwa, ia dilakukan selepas segala usaha kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional pimpinan Anwar Ibrahim memperalatkan pelbagai agensi kerajaan bagi mencipta naratif, persepsi serta mengada-adakan pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu termasuknya gagal.
“Ini merupakan taktik lapuk yang memperlihatkan kemandulan kerajaan PH-BN dalam usaha terdesak menutup mulut pengkritik dengan menyasarkan pemimpin Perikatan Nasional dan ahli keluarga mereka.
“Saya percaya akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan dan kezaliman,” katanya dalam kenyataan.
Pagi tadi Muhammad…