
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.
Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, berkata melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang.
Beliau berkata, jumlah pinjaman kerajaan persekutuan pada 2023 sebenarnya berkurang kepada RM226.595 bilion, berbanding RM230.949 bilion pada 2022.
“Defisit fiskal berjaya dikurangkan secara konsisten. Jumlah pinjaman bersih dijangka terus berkurang iaitu dari RM99.4 billion pada 2022 kepada RM92.5 billion pada 2023.
“Trend ini dijangka akan terus berkurangan sekitar RM86 bilion pada 2024,” katanya dalam…
