
PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan berhasrat memanfaatkan aset tanah yang luas di Kelantan dengan merancang membangunkan banyak kilang berasaskan industri makanan dan pertanian.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata ia ingin dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menarik pelabur ke negeri itu.
“Di Kelantan, aset tanah yang ada bukan sahaja milik persendirian malah tanah kerajaan negeri juga masih banyak yang belum diterokai dan kita memikirkan cara aset-aset ini boleh dimanfaatkan.
“Kita berhasrat menjadikan tanah yang belum diterokai sebagai gedung makanan serta projek berasaskan makanan dan apabila ia berskala besar, baharulah kita boleh meyakinkan kilang-kilang yang berkaitan untuk berpindah ke Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian menurut Bernama pada sesi dialog mengenai Sesi 2…