
MELAKA:
Kementerian Komunikasi merancang mewajibkan semua pengiklan yang menggunakan perkhidmatan iklan berbayar atau “sponsored advertisement” di platform media sosial mengesahkan identiti mereka bagi membendung aktiviti penipuan dalam talian.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata langkah itu yang turut menyasarkan aktiviti perjudian digital dan penyalahgunaan identiti tokoh terkenal antara tanggungjawab baharu di bawah Kod Pengurangan Risiko (RMC).
Beliau berkata, kod itu akan berkuat kuasa esok di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) dan terpakai kepada penyedia platform media sosial diklasifikasikan sebagai pemegang lesen, iaitu mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.
“Kita…