Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan rangka peraturan, tubuh tribunal antigangguan seksual

today15 February 2023

Background


Nancy Shukri berkata, Akta Antigangguan Seksual 2021 mendapat perkenan Agong pada 8 Okt dan diwartakan 18 Okt 2022.

Nancy Shukri berkata, Akta Antigangguan Seksual 2021 antara tumpuan utama kementeriannya bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan merangka peraturan serta membangunkan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) tahun ini, kata Menterinya, Nancy Shukri.

Beliau berkata, akta itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Okt dan diwartakan 18 Okt tahun lepas, antara tumpuan utama KPWKM bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

“Kita juga mahu program hebahan dan advokasi dimulakan dengan kadar segera. Saya yakin KPWKM dan pihak media boleh bekerjasama rapat merealisasikan hasrat segenap lapisan masyarakat mendapat kesedaran terhadap akta ini dan kebaikannya,” katanya ketika berucap pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Orozco import terbaru Selangor

Kuala Lumpur: Selangor FC akhirnya menamatkan teka teki import kelapannya musim ini apabila sah mengikat pemain kebangsaan Venezuela, Yohandry Jose Orozco hari ini.

today15 February 2023