Hot FM

Kerajaan sedia bincang pinda akta anti lompat parti, kata PM


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim berkata kerajaan terbuka untuk berbincang untuk mengatasi kelompongan dalam akta anti lompat parti.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia berbincang meminda akta antilompat parti untuk menutup kelompongan pada undang-undang itu.

“Kalau dia nak pinda, kita boleh bincang,” katanya ketika ditemui media selepas solat Jumaat di sini.

Bagaimanapun, Anwar berkata sebelum ini ketika Pakatan Harapan (PH) berada dalam pembangkang mencadangkan supaya mereka yang disingkirkan daripada parti perlu mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen diwakilinya.

“Tapi tidak dipersetujui oleh kerajaan masa itu Bersatu…sebab masa itu orang Umno masuk parti dia.

“Dahulu dia menentang, ramai tak tahu PH usul supaya siapa sahaja ditolak parti automatik gugur (kerusi) tetapi dia tolak sehingga kita tolak ansur dan jadi undang-undang sekarang,” katanya.

Selasa lalu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan enam Ahli Parlimen berpaling tadah daripada Bersatu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version