Hot FM

Kerajaan sedia dana hidupkan semula Mara Digital Mall



Mahdzir Khalid berkata, Mara akan meneruskan usaha Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mencetuskan penubuhan Mara Digital Mall, ketika menjadi menteri luar bandar dan wilayah, pada 2015. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan peruntukan penyelenggaraan Mara Digital Mall bagi menghidupkan semula pusat jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat itu yang dilaporkan sepi tanpa pelanggan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid, berkata agensi itu turut memberi bantuan pembiayaan kepada usahawan di pusat berkenaan yang dicetuskan pembukaannya oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketika menjadi menteri luar bandar dan wilayah, pada 2015.

“Mara tidak meninggalkan kawasan itu, kami masih meneruskan usaha dan menyambung apa yang Ismail Sabri Yaakob buat pada waktu itu (tubuh Mara Digital Mall 2015),” katanya menurut Utusan Malaysia.

Pada 9 Ogos lalu, FMT melaporkan gesaan peniaga supaya Ismail campur…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version