
Kerajaan persekutuan sedia mempercepatkan pelaksanaan projek Autonomous Rapid Transit (ART) bertingkat di Johor Bahru serta menanggung sebahagian daripada kos pembinaannya, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Loke berkata kerajaan mahu projek itu disegerakan walaupun ia dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.
Katanya, sementara menunggu projek itu siap, beberapa langkah mitigasi dibuat bagi mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru, termasuk memperkukuh sistem pengangkutan awam sedia ada.
“Tetapi kita mempunyai komitmen bahawa projek ini mesti dijalankan secepat mungkin. Projek ini hanya dicadangkan pada Mei 2024 dan sekarang ini Julai, baru dua tahun sudah ada ‘letter of intent’ (surat hasrat projek).
“Tiada satu pun projek sebesar ini (ambil masa dua tahun). Pulau Pinang…