
PETALING JAYA: Kerajaan akan menyemak semula undang-undang lapuk yang diwarisi daripada zaman penjajahan British bagi memastikan ia sesuai digunakan mengikut peredaran dan perkembangan semasa, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said.
Azalina berkata, Malaysia mewarisi pelbagai undang-undang daripada zaman penjajahan British seperti Akta Kontrak 1950 Kanun Keseksaan, Akta Keterangan 1950, Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan Akta Fitnah 1957, lapor Utusan Malaysia
“Sebagai contoh, cubaan bunuh diri adalah kesalahan jenayah yang diimport oleh penjajah British melalui Indian Penal Code. United Kingdom memansuhkan kesalahan tersebut pada 1961 tetapi Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih kekal dalam undang-undang kita.
“Saya berpendapat hukuman jenayah bukan…