

Kerajaan sedang menyemak semula kadar gaji minimum RM1,700, dengan keputusan muktamad untuk mengekal atau menaikkan jumlah itu akan dibuat Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara.
Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata semakan itu akan mengambil kira indikator asas seperti pendapatan garis kemiskinan dan gaji penengah untuk mengukur keperluan asas pekerja serta keupayaan kewangan majikan.
Menurutnya, semakan itu juga akan mengambil kira indeks harga pengguna, produktiviti buruh dan kadar pengangguran.
“Setakat ini, pihak kementerian tidak melaksanakan kajian khusus berkaitan gaji kehidupan wajar. Bagaimanapun, Bank Negara memperkenalkan konsep gaji kehidupan wajar pada 2018 dengan menganggarkan gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur contohnya RM2,700 untuk individu bujang.
“Perbelanjaan asas kehidupan wajar yang diperkenalkan…