Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan serius tangani isu populasi Harimau Malaya, kata Ismail

today10 January 2022

Background



Ismail Sabri Yaakob berkata, kepupusan Harimau Malaya antara lain disebabkan kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah, pemburuan serta perdagangan haram, selain penularan virus distemper kanin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan serius menangani isu populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni di hutan negara yang kini berjumlah kurang daripada 150 ekor.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika tindakan segera tidak dilakukan, Malaysia berhadapan dengan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri-negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

β€œLebih membimbangkan, spesies ikonik negara itu akan hilang buat selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun; Menteri Besar Pahang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post