Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kerajaan Seru PDRM Siasat Program Pride Care, Tolak Usaha Normalisasi LGBTQ Di Malaysia

today30 May 2025

Background


Tambahnya, beberapa agensi seperti PDRM, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu terlibat dalam menyiasat dan memantau penganjuran program terbabit.

“Saya menyarankan agar pihak berkuasa termasuk PDRM segera menyiasat penganjuran program ini dan mengambil tindakan sewajarnya jika wujud sebarang pelanggaran undang-undang.

“Penganjur menghentikan serta-merta sebarang aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara dan nilai moral masyarakat.

“Agensi-agensi agama, termasuk JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri, bersedia memainkan peranan penguatkuasaan, khususnya jika melibatkan penyertaan umat Islam.

“Pada masa yang sama, saya menyeru kepada semua pihak untuk bersama mempertahankan struktur sosial dan moral masyarakat kita daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan akidah, akhlak dan keharmonian negara. Kerajaan MADANI akan terus menjunjung prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara demi memelihara agama, akhlak dan maruah umat,” katanya menerusi kenyataan itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post