
PETALING JAYA: Sebuah kerajaan kukuh dan stabil perlu dibentuk berikutan risiko kemelesetan ekonomi global semakin meningkat sepertimana jangkaan bank dunia, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, ramalan Ketua Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa dunia bakal menghadapi kemelesetan ekonomi global itu juga antara faktor mendesak PRU15 perlu diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baharu yang stabil.
Zahid berkata, rakyat juga tidak boleh membiarkan Malaysia berada dalam keadaan kerajaannya terus dikelilingi ‘musuh dalam selimut’ untuk kepentingan politik semata-mata.
Beliau turut memberi contoh dengan menuduh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin menyerang kerajaan sendiri sekali gus mengundang sentimen negatif terhadap pelabur…